Parlimen PD bukan potensi untuk Pas letak calon

Pas mengambil keputusan untuk tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port dickson yang bakal diadakan ekoran peletakan jawatan ahli parlimennya Datuk Danyal Balagopal Abdullah.

Menurut Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Harian Pas Pusat yang bermesyuarat semalam di Kuala Terengganu yang dipengerusikan oleh Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, keputusan ini dibuat kerana Pas merasakan PRK yang sengaja dicipta bukanlah suatu amalan demokrasi yang baik, malah ia menyebabkan pembaziran wang awam dan masa serta mengikis minat rakyat untuk keluar membuang undi.

Bahkan katanya dalam satu kenyataan, parlimen Port Dickson juga bukanlah kawasan yang berpotensi untuk Pas meletakkan calon.

Sehubungan dengan itu PAS turut memutuskan akan memberikan sokongan kepada mana-mana parti pembangkang lain yang berhasrat meletakkan calon termasuklah sama ada Umno ataupun MIC.

“Ini juga selaras dengan semangat solidariti parti-parti pembangkang untuk menambahkan bilangan Ahli Parlimen Pembangkang dalam rangka mewujudkan proses semak dan imbang (check and balance) terhadap Parti Pemerintah,” ujarnya.

Di dalam PRU14 lalu, Parlimen Port Dickson menyaksikan perlawanan tiga penjuru antara calon PKR DatuK Danyal, calon BN Datuk Mogan Velayatham dan calon Pas iaitu Mahfuz Roslan.

Danyal berjaya mengalahkan BN dan Pas dengan manjoriti 36,225 manakala BN mendapat undi 18,515 dan Pas mendapat 6,594 undi.

Kembali >> Ke halaman utama berita

Comments (0)

No login