Am : Samun dobi dan kedai runcit, suami isteri direman enam hari


SUNGAI PETANI, 14 Sept (Bernama) -- Sepasang suami isteri yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun di sebuah kedai dobi layan diri dan kedai serbaneka 24 jam pada Selasa lalu direman enam hari, bermula hari ini bagi membantu siasatan kes itu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit di Mahkamah Majistret di sini.

Lelaki berusia 21 tahun tersebut yang merupakan suspek utama dan isteri berusia 32 tahun, disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pasangan terbabit ditahan polis di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda kira-kira 1.30 tengah hari semalam, selepas kedua-duanya diserahkan oleh ibu lelaki tersebut.

Polis kini memburu seorang lagi rakan mereka yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.....

 

Kembali >> Ke halaman utama berita

Comments (0)

No login