Am : Ikut perkembangan semasa SST elak kekeliruan

MELAKA, 14 Sept (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) meminta rakyat negara ini sentiasa mengikuti perkembangan semasa berkaitan isu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi mengelak sebarang kekeliruan.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Seri Zulkifli Yahya berkata perkembangan semasa cukai berkenaan akan dilakukan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng melalui media dari semasa ke semasa.

"Sebagai pengguna kita perlu sentiasa mengikuti perkembangan pelaksanaan SST dan jika ada barangan atau perkhidmatan yang dikecualikan daripada cukai itu, ia akan diumumkan Menteri Kewangan.

"Sejak pelaksanaan SST pada 1 Sept lepas hingga hari ini, tiada masalah besar berkaitan cukai itu dilaporkan dan tidak banyak aduan yang diterima," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Penguasa Kastam Gred WK41 dan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 di Akademi Kastam Diraja Malaysia di sini, hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 126 peserta berjaya menamatkan kursus tiga bulan sebelum ditempatkan bertugas di cawangan atau Jabatan Kastam di seluruh negara.....

 

Kembali >> Ke halaman utama berita

Comments (0)

No login