Ekonomi : Siasatan GST: PAC panggil lima individu beri keterangan


KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Tiga individu tampil memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam tempoh dua hari prosiding siasatan membabitkan isu dana bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bernilai kira-kira RM19.4 bilion.

Pengerusi PAC Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata mereka yang terlibat memberi keterangan pada prosiding yang diadakan Rabu ialah Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Subromaniam Tholasy tampil memberi keterangan manakala pada Khamis, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah bersama Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Datuk Siti Zauyah Md Desa yang mewakili Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Sementara itu, bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan tampil memberi keterangan pada 25 Sept ini bagi meneruskan prosiding siasatan terbabit.

"Beberapa saksi lain akan dipanggil bagi memberi penjelasan berhubung isu ini dalam memastikan siasatan yang dijalankan benar-benar menyeluruh.

"PAC Parlimen tidak menetapkan sebarang garis masa bagi merumuskan siasatan ini sebelum membentangkan laporannya ke Dewan Rakyat," kata Pengerusi PAC dalam satu kenyataan hari ini.....

 

Kembali >> Ke halaman utama berita

Comments (0)

No login