K'jaan gantung sementara permit import cili Vietnam

Jabatan Pertanian menggantung sementara pengeluaran permit import cili dari Vietnam berkuat kuasa hari ini hingga diberitahu kelak.

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini berkata langkah tersebut diambil susulan analisis pihaknya mendapati lebih 50 peratus sampel cili import dari negara terbabit telah melangggar nilai ‘maximum residue limit’ (MRL - had maksimum sisa) racun perosak.

"Analisis ini merangkumi pelbagai kumpulan racun perosak antaranya Organophosphate, Synthetic Pyrethroid, Carbamate, Triazole dan Ditiocarbamate," katanya.

Bagi tujuan keselamatan makanan, Jabatan Pertanian berkata tindakan penggantungan pengeluaran permit import cili akan dilaksanakan kepada pengimport yang gagal mematuhi nilai MRL racun perosak yang dibenarkan.

- Bernama

Kembali >> Ke halaman utama berita

Comments (0)

No login