Arif-Azriyn idam final

KUALA LUMPUR: Kemenangan untuk Malaysia adalah keutamaan buat beregu lelaki Mohd Arif Latif-Nur Azriyn Ayub yang mara ke separuh akhir Terbuka Vietnam.

Pada aksi suku akhir hari ini, beregu bebas itu mengejutkan gandingan pemain kebangsaan Aaron Chia-Soh Wooi Yik 21-15, 21-18.

“Secara peribadi, ia tidak penting sama ada kami pemain kebangsaan atau tidak,” kata Arif. “Di akhirnya, kami tetap mengibarkan bendera Malaysia.

“Saya percaya Aaron-Wooi Yik sangat tertekan, terutama selepas persembahan memberangsangkan di Kejohanan Dunia baru-baru ini. Mereka perlu memenuhi jangkaan.

“Bagi Azryn dan saya, kami mempunyai sasaran tersendiri (layak ke Olimpik Tokyo 2020), jadi kami perlu meningkatkan ranking kami. Kami mahu memberikan yang terbaik dan mencapainya satu demi satu.”

Arif-Azryn, yang meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Jun lalu, akan berdepan gandingan Taiwan Lee Sheng Mu-Yang Po Hsuan bagi merebut tempat ke final.

Gandingan Taiwan itu mengatasi beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani 21-14, 19-21, 21-15 pada aksi suku akhir.

Arif-Azriyn, yang merangkul gelaran Terbuka Russia bulan lalu, wakil terakhir negara di kejohanan ini selepas perseorangan wanita negara, Ho Yen Mei tewas 20-22, 21-15, 21-11 kepada pilihan ketujuh Han Yue dari China di suku akhir.

Kembali >> Ke halaman utama berita

Comments (0)

No login