Bekas guru nafi rogol pelajar sendiri

BEKAS pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Mukah mengaku tidak bersalah di atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Mahkamah Sesyen Sibu, hari ini.

Tertuduh berusia 52 yang juga bekas guru membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan selesai dibacakan ke atasnya mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Hakim Caroline Bee Majanil kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin sementara menunggu tarikh sebutan semula kes pada 12 September ini.

Beliau turut mengarahkan tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sebagai syarat tambahan pembebasan sementaranya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Sibu pada jam 10 pagi, 5 Ogos 2016, ketika masih bertugas sebagai guru, manakala remaja berkenaan adalah pelajarnya.

Kembali >> Ke halaman utama berita

Comments (0)

No login