[UPDATE] Dah RM1.19 juta duit disita

JUMLAH sitaan wang tunai susulan penahanan 17 pegawai dan pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Selasa lalu, kini mencecah RM1.19 juta.

Menurut sumber, selain itu, terdapat sitaan terbaru kenderaan iaitu dua kereta membabitkan Subaru Impreza dan Toyota Vios serta sebuah motosikal Honda.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan tambahan penyitaan itu.

Katanya, SPRM bercadang untuk memanggil bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan beliau dana RM3.5 juta itu milik UMNO.

Kelmarin, akhbar NSTP melaporkan seramai 17 pengawal keselamatan di JPM direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berjumlah RM3.5 juta.

Mereka yang ditahan termasuk seorang pegawai keselamatan Gred KP52 berusia 51 tahun dan 16 pengawal keselamatan masing-masing Gred KP11 hingga KP38 berusia antara 31 hingga 51 tahun yang bertugas di Kompleks B, JPM.

SPRM turut merampas wang tunai RM840,700 dan sembilan motosikal bernilai RM90,000 daripada semua suspek.

Susulan itu, wang tunai berjumlah hampir RM1 juta bersama 16 kenderaan serta pelbagai barangan kemas disita SPRM.

Aset dan wang tunai itu dipercayai hasil penyalahgunaan wang peruntukan PRU14 yang dipercayai diambil daripada pejabat Najib.

Berita berkaitan

'Sita hampir RM1j, 11 motosikal, 5 kereta'

'17 pengawal keselamatan JPM direman'

'Terpaksa dibawa guna bas SPRM'

Kembali >> Ke halaman utama berita

Comments (0)

No login