'Saya dan Aidil masih berkawan'

Kerap memuat naik gambarnya bersama Aidil Aziz di Instagram, peminat pasti tertanya-tanya hubungan mereka dan turut mendoakan kebahagiaan pelakon jelita, Fasha Sandha.

Setiap kali diajukan status hubungan mereka, Fasha menegaskan mereka masih berkawan.

Namun, Fasha mengakui Aidil antara lelaki yang rapat dengan dua anaknya Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima.

Mula rapat selepas berganding dalam sitkom Mamu Mami Gosip, Fasha turut mendedahkan mereka sudah saling mengenali keluarga masing-masing.

“Saya sudah berjumpa keluarganya dan begitu juga Aidil yang sudah bertemu keluarga saya.

Fasha selesa dengan keadaan kini tapi kehadiran Aidil menambah warna hidupnya

“Selain bekas suami dan bapa saya, Aidil antara lelaki yang rapat dengan Rayfal serta Jemaima. Anak kedua saya itu agak susah untuk rapat dengan lelaki, tetapi mungkin Aidil ada ‘aura budak-budak’ membuatkan Jemaima selesa dengannya,” katanya.

Ditanya sama ada dia kini lebih bahagia dengan kehadirian Aidil, Fasha hanya ketawa dan berkata, dia sudah bahagia sejak dulu lagi. Keluarga dan anak memberikan kegembiraan buat dirinya.

Malah, dia juga tidak pernah berasa sunyi kerana sentiasa dikelilingi rakan baik dan peminat yang sering memberikan sokongan dalam setiap perkara dilakukannya.

“Selama dua tahun sembilan bulan hidup sendiri, saya selesa dengan kehidupan solo. Senang fokus pada kerja dan anak. Namun, kehadiran Aidil menambah warna dalam kehidupan saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fasha yang dilantik sebagai duta ubat gigi jenama tempatan menegaskan dia mementingkan kualiti produk berbanding bayaran yang diterima.

Kata wanita itu, sebelum bersetuju dengan tawaran berkenaan, dia terlebih dahulu mencari maklumat mengenai syarikat terbabit dan mencuba sendiri produk itu.

“Sebaik saja menerima tawaran berkenaan, saya mencari maklumat mengenainya menerusi enjin carian Google. Memang ia syarikat yang sudah kukuh namun saya tetap meminta masa untuk menggunakan sendiri produk berkenaan sebelum memberikan persetujuan,” katanya.

Kembali >> Ke halaman utama berita

Comments (0)

No login