Derma Eusuf dah cukup [METROTV]

Kuala Lumpur: “Dengan rasa rendah diri saya mohon sumbangan untuk Eusuf dihentikan berikutan jumlah sasaran RM130,000 dicapai.

“Bukan apa kami risau jika terambil hak anak syurga lain yang mungkin lebih memerlukan bantuan ketika ini,” kata Djasriza Jasin, 41, ibu kepada kanak-kanak berusia tiga tahun Eusuf Muhammad Idzfan yang menghidap Sindrom Lennox Gestaut (LGS).

DJASRIZA bersama Eusuf yang menderita sindrom LGS. FOTO Aizuddin Saad

Dia juga tidak putus mengucapkan rasa syukur kerana hanya dalam tempoh enam hari selepas dilaporkan akhbar ini, wang RM130,000 diperlukan untuk membiayai kos rawatan anak kelimanya itu mencapai sasaran.

Katanya, kelmarin dia menggunakan RM5,000 hasil sumbangan orang ramai untuk membayar wang pendahuluan alat penstabilan gelombang otak Vagal Nerve Stimulator (VNS) ditempah dari Amerika Syarikat.

Kembali >> Ke halaman utama berita

Comments (0)

No login