Salah kembali jalani latihan

MOHAMED Salah memberi harapan baharu buat Mesir selepas menyertai sesi latihan pasukan di Grozny, hari ini.

Bintang skuad ‘Pharaohs’ itu terpaksa diketepikan sebelum ini apabila mengalami kecederaan bahu pada aksi final Liga Juara-Juara bertemu Real Madrid, 26 Mei lalu.

Bagaimanapun, wartawan AFP menyaksikan penyerang itu menyertai sesi latihan pertama bersama rakan sepasukannya yang lain, hari ini.

Pengarah pasukan, Ihab Lahita masih berteka-teki mengenai perkembangan Salah sambil menegaskan tiada jaminan dia dapat diturunkan pada aksi pembukaan Kumpulan A bertemu Uruguay, Jumaat ini.

“Perkembangannya menunjukkan petanda positif namun belum ada keputusan muktamad sama ada dia boleh diturunkan.

“Kami akan terus memantau keadaannya hari demi hari,” kata Ihab.

Kembali >> Ke halaman utama berita

Comments (0)

No login