Kepala terputus

REMAJA lelaki maut selepas pacuan empat roda yang dinaiki bersama rakannya bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di Parit Mat Alam, Titi Serong dekat Parit Buntar, hari ini. .

Dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, mangsa, Ng Yan Heng, 17, berasal dari Tanjung Piandang, Parit Buntar meninggal dunia di tempat kejadian akibat kepala terputus.

Rakannya yang memandu kenderaan itu cedera.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan pacuan empat roda itu tercampak keluar selepas kenderaan itu bertembung dengan sebuah Proton Saga.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 6.30 pagi tadi dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Dalam kejadian itu, seorang mangsa lelaki disahkan maut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Dalam pada itu bapa mangsa, Ng Shook Chew, 46, ditemui di perkarangan Hospital Parit Buntar berkata, keluarganya masih terkejut dengan kejadian berkenaan.

Kembali >> Ke halaman utama berita

Comments (0)

No login