Lori tangki terbalik, laluan kontra dibuka

LORI tangki yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 194.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dari Taiping ke Bukit Merah, masih dalam proses pengalihan.

Menurut akaun Twitter PLUS Berhad, setakat jam 11.12 pagi, lorong kiri dan kanan masih terhalang dan sebuah laluan kontra sudah dibuka.

"Status terkini, kemalangan lori tangki terbalik di Km 194.9 utara dari Taiping ke Bukit Merah. Lorong kanan & kiri terhalang. Laluan kontra telah dibuka. Trafik sesak 16km. @LLMinfotrafik," katanya.

Pemandu dinasihatkan berhati-hati dan mengikut arahan petugas lebuh raya untuk masuk ke laluan kontra.

Kembali >> Ke halaman utama berita

Comments (0)

No login