Anwar 'ubati' kerinduan penyokong dan rakyat

PETALING JAYA: Kira-kira 5,000 penduduk dan penyokong Pakatan Harapan menyertai Himpunan Merdeka Rakyat yang berlangsung di Padang Timur, Petaling Jaya di sini malam ini.

Kesemua mereka berkumpul di padang tersebut seawal pukul 6 petang bagi walaupun mengetahui pemimpin nombor satu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan tiba sekitar pukul 9 malam.

Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar yang juga Ketua Umum PKR hadir ke himpunan itu bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tepat pukul 11 malam ini, kira-kira 5,000 penduduk dan penyokong Pakatan Harapan bersorak kegembiraan apabila pemimpin kesayangan, Datuk Seri Anwar mula menyampaikan ucapan.

Rata-rata penyokong memakai baju parti PKR selain mengibarkan bendera parti komponen Pakatan Harapan sambil bersorak kegembiraan.




Ketibaan kenderaan yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim di Padang Timur Petaling Jaya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Padang Timur Petaling Jaya.

Kembali >> Ke halaman utama berita

Comments (0)

No login