Am : Anwar menghadap Agong 12 tengah hari ini - Azmin


KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan menerima menghadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara pada pukul 12 tengah hari ini, menurut Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin berkata beliau dan isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, akan mengiringi bekas ketua pembangkang itu.

"Saya telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menyampaikan surat rasmi kepada Anwar untuk menerima menghadap Anwar, Wan Azizah dan saya pada pukul 12 tengah hari ini.

"Kami akan bergerak dari Hospital Rehabilitasi Cheras pada jam 11.30 pagi," katanya kepada pemberita di perkarangan Unit Kemasukan Wad hospital itu, di sini.

Mohamed Azmin berkata pada pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong nanti, Anwar dan Wan Azizah akan menyampaikan rasa menjunjung kasih atas perkenan Seri Paduka untuk memberi pengampunan kepada Anwar.

-- BERNAMA

 

Kembali >> Ke halaman utama berita

Comments (0)

No login