Am : Rakyat diminta bersabar, tunai janji berperingkat - Hadi Awang

KUALA NERUS, 16 Mei (Bernama) -- Rakyat Terengganu diharap dapat bersabar dalam meletakkan harapan supaya PAS menunaikan janji sepertimana dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ini berikutan kuasa pemerintahan yang kecil dan walaupun PAS berjaya memerintah, kuasa kerajaan negeri agak terbatas kerana sistem negara yang mengamalkan konsep federalisme yang membabitkan hubungan antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan.

"Bagi menegakkan sesebuah negara itu, melalui politik dan undang-undang antarabangsa mestilah mempunyai lima syarat iaitu bumi…kita dah ada bumi, kedua mesti ada rakyat dan kita sudah ada rakyat, ketiga mesti ada pemimpin dan kita juga sudah punya pemimpin.

"Keempat kita mesti ada perlembagaan dan kita sudah mencatat perlembagaan Al-Quran dan Al- Hadith, ijtimak ulama dan qias sebagai hukum tertinggi. Dan yang kelima mestilah mempunyai kedaulatan sebagai sebuah negara yang bebas sepenuhnya. Di sini kita belum dapat menyempurnakan syarat kerana kita hanyalah kerajaan negeri," katanya ketika berucap pada Himpunan Kesyukuran Kerajaan Rakyat Terengganu di Stadium Sultan Mizan di Gong Badak malam tadi.

Abdul Hadi yang juga Anggota Parlimen Marang berkata perjuangan memperkasakan Islam juga bukan sahaja untuk Kelantan dan Terengganu yang diterajui PAS tetapi seluruh negara.....

 

Kembali >> Ke halaman utama berita

Comments (0)

No login