Aminuddin akan tadbir negeri dengan baik

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas merupakan amanah daripada rakyat untuk gabungan itu mentadbir negeri ini dengan baik.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat, berkata kemenangan itu juga merupakan platform untuk berbakti kepada masyarakat.

“Ini satu amanah dan harus diisi dengan baik serta bijaksana demi memastikan kesejahteraan negeri ini.

“Saya minta supaya semangat ini terus berkekalan dan memastikan silaturahim ini dijaga agar dapat bersama-sama memajukan negeri demi kepentingan anak cucu kita,” katanya dalam ucapan pada Majlis Jamuan Bersama Rakyat Kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Labu di sini, hari ini.

Turur hadir, Adun Labu Ismail Ahmad dan Anggota Parlimen Rasah Cha Kee Chin.

Aminuddin yang hadir bersama isterinya, Wan Hasni Wan Yusof, disambut meriah oleh penduduk sekitar Labu sebagai tanda sokongan dan ucapan tahniah kepada beliau atas pelantikan sebagai menteri besar.

Pada majlis dihadiri kira-kira 1,500 orang itu, pelbagai makanan tradisional dihidangkan kepada hadirin.

Kembali >> Ke halaman utama berita

Comments (0)

No login